Sejarah Koperasi Serbaguna
DARA Berhad (KSD) sebenarnya tumbuh sebagai tunas kecil di bawah pohon rimbunan
hijau Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) yang diasaskan oleh beberapa
orang kakitangannya yang mempunyai visi dan misi untuk menyatukan kepakaran dan
tenaga bagi menubuhkan satu pergerakan koperasi yang sah bagi kegiatan ekonomi
dan kebajikan kakitangan DARA. Satu jawatankuasa penaja yang terdiri daripada
pihak pengurusan DARA telah mengadakan beberapa mesyuarat bagi membincangkan
penubuhannya dan hasilnya pada 6 Disember 1978 Koperasi Serbaguna DARA Berhad
telah didaftarkan secara sah dengan No. Pendaftaran Koop Negeri No. 30.
Terdiri daripada hanya di kalangan kakitangan DARA dan
anak-anak syarikat DARA pada awal penubuhannya, keanggotaan KSD pada November
1981 adalah seramai 149 orang. Kini
keanggotaan KSD semakin bertambah di mana keanggotaan terkini seramai 591 orang
dengan modal saham berbayar sebanyak RM 4,730,646.62 sehingga 30 September
2012. KSD mula menceburi bidang pembalakan dan kerja kontrak, termasuk
mengusahakan sebuah kantin di Pejabat Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
dan menjual barangan pengguna secara kecil-kecilan selain memberi pinjaman wang
tunai dari Dana Tabung Kebajikan kepada anggota-anggotanya yang memerlukan.
Kini aktiviti perniagaan KSD tertumpu kepada :-
·
Perniagaan stesen minyak Petronas di dua lokasi di Muadzam Shah,
·
Kedai COOP
MART,
·
Perkhidmatan
insuran,
·
Penyewaan
bangunan,
·
Pembangunan
hartanah.
No comments:
Post a Comment