Wednesday, 30 October 2013

JAWATANKUASA ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH KOPERASI


Anggota Lembaga Koperasi yang terpilih ini akan dipecahkan kepada beberapa jawatankuasa yang diwujudkan untuk memastikan setiap keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dijalankan sebaik mungkin. Pemilihan jawatankuasa ini dibuat berdasarkan kemahiran dan kebolehupayaan Anggota Lembaga tersebut.
Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut ialah :-
a)                Jawatankuasa Stesen Serbis KSD Dan Jawatankuasa Kecil
·       Pengerusi : Haji Aris @ Mahmod Bin Basri
·       Ahli Jawatankuasa Kecil : 
1.      Puan Rabiah Binti Razali
2.      Encik Manor Bin Lasu
3.      Encik Ab. Wahab Bin Derus
Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa
·       Bertanggungjawab memantau keseluruhan operasi Stesen dan menyelesaikan masalah jika ada.
·       Memastikan pihak pengurusan mengamalkan sistem dan prosedur kerja yang betul.
·       Mengawal perbelanjaan dan belanjawan Stesen
·       Merangka, mengawal selia dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan jualan.
b)               Jawatankuasa Stesen Lebuhraya KSD Dan Jawatankuasa Kecil
·       Pengerusi : Haji Ab Ghani Bin Mustaffa
·       Ahli Jawatankuasa Kecil : 
1.      Encik Ramli Bin Mat
2.      Haji Ramlee Bin Mohamed
3.      Puan Remah Binti Md Zagi
4.      Encik Abdul Samad Bin Hassan
Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa
·       Bertanggungjawab memantau keseluruhan operasi Stesen dan menyelesaikan masalah jika ada.
·       Memastikan pihak pengurusan mengamalkan sistem dan prosedur kerja yang betul.
·       Mengawal perbelanjaan dan belanjawan Stesen
·       Merangka, mengawal selia dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan jualan.
c)                Jawatankuasa Perniagaan, Peruncitan Dan Insuran Dan Jawatankuasa Kecil
·       Pengerusi : Hajah Hurriyyah Binti Abdullah
·       Ahli Jawatankuasa Kecil : 
1.      Puan Khalijah Binti Ab Rahim
2.      Encik Razak Bin Mohamad

Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa
·       Bertanggungjawab memantau keseluruhan operasi Kedai dan menyelesaikan masalah jika ada.
·       Memastikan pihak pengurusan mengamalkan sistem dan prosedur kerja yang betul.
·       Mengawal perbelanjaan dan belanjawan Kedai
·       Merangka, mengawal selia dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan jualan Kedai.
·       Mencari peluang-peluang bagi meluaskan lagi pasaran.
d)               Jawatankuasa Kebajikan Dan Pelancongan Dan Jawatankuasa Kecil
·       Pengerusi : Tuan Syed Zin Bin Syed Zainal
·       Ahli Jawatankuasa Kecil  :
1.      Encik Sied Esahak @ Sayed Ishak Bin Tuan Muda Haji
2.      Encik Abd Talib Bin Draman
3.      Encik Mohd Sani Bin Ishak
4.      Puan Jamiah Binti Basri
Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa
·       Bertanggungjawab menimbang dan meluluskan pinjaman berjamin mengikut peraturan pinjaman yang telah ditetapkan.
·       Menimbang dan meluluskan permohonan dari Tabung Derma Kebajikan
·       Mengawal hal ehwal berkaitan kebajikan dan pelancongan.
e)                Jawatankuasa Pembinaan Dan Kontrak Dan Jawatankuasa Kecil
·       Pengerusi : Tuan Haji Ibrahim Bin Malek
·       Ahli Jawatankuasa Kecil :
1.      Tuan Syed Basir Bin Sy Bakar
2.      Encik Salah @ Saleh Bin Mat Tahar
3.      Encik Adzhar Bin Abd Rahman
4.      Dato’ Haji Abdul Khalib Bin Abdullah
Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa
·       Bertanggungjawab memantau keseluruhan projek dan hartanah KSD
·       Merangka, mengawal selia dan melaksanakan strategi perniagaan dan pelaburan
f)                 Jawatankuasa Pengurusan Hartanah Dan Pelaburan Baru Dan Jawatankuasa Kecil
·       Pengerusi : Haji Idros Bin Yahya
·       Ahli Jawatankuasa Kecil :
1.      Haji Norrahaman Bin Mohamed
2.      Encik Mohamad Affindi Bin Abd Majid
3.      Encik Mohamad Ghazali Bin Awang

Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa
·       Merangka rancangan dan strategi perniagaan dan pelaburan
·       Mengenal pasti peluang perniagaan baru

g)               Jawatankuasa Integriti Dan Keahlian KSD Dan Jawatankuasa Kecil
·       Pengerusi : Haji Baharuddin Bin Abd Jalil
·       Ahli Jawatankuasa Kecil : 
1.      Haji Murat Bin Mat Isa
2.      Haji Yusoff Bin Abd Ghani @ Mat Derani
3.      Haji Jamaluddin Bin Ali
Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa
·       Bertanggungjawab memantau hal ehwal berkaitan integriti dan keahlian KSD serta menyelesaikan masalah jika ada.
·       Memastikan pihak pengurusan mengamalkan sistem dan prosedur kerja yang betul.
h)               Jawatankuasa Pentadbiran Dan Kewangan Dan Jawatankuasa Kecil
·       Pengerusi : Haji Ab Ghani Bin Mustaffa
·       Ahli Jawatankuasa Kecil : 
1.      Encik Zakaria Bin Wahab
2.      Encik Kamarulzaman Bin Md Atan
3.      Encik Kamarudin Bin Abdullah
4.      Puan Siti Mariam Binti Karmain
5.      Puan Mahani Binti Yusof
Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa
·       Bertanggungjawab memantau keseluruhan operasi pentadbiran dan kewangan serta  menyelesaikan masalah jika ada.
·       Memastikan pihak pengurusan mengamalkan sistem dan prosedur kerja yang betul.
·       Mengawal perbelanjaan dan belanjawan pengurusan.


JURU AUDIT DALAMAN KOPERASI


Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) merupakan satu Jawatankuasa yang mengaudit segala laporan dari semua bahagian supaya tidak berlaku penyelewengan di dalam sesebuah pertubuhan atau institusi. Selain itu, JAD memainkan peranan penting bagi memastikan perjalanan sesebuah koperasi mengikut peraturan undang-undang kecil koperasi. Satu laporan akan diberikan kepada Lembaga Pengarah sebagai cadangan yang boleh diambil oleh Lembaga Pengarah Koperasi terhadap pandangan audit dalaman.

Namun demikian pihak Lembaga Pengarah berhak menerima atau menolaknya bergantung kepada keputusan kolektif. Selain itu, JAD juga disyaratkan wajib memberi satu laporan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agong Koperasi untuk pengetahuan ahli koperasi.

Jawatankuasa Audit Dalam Koperasi  Serbaguna DARA Berhad ini terdiri daripada 3 anggota yang dilantik oleh Anggota Lembaga Koperasi bagi tempoh satu penggal.


Thursday, 24 October 2013

PENTADBIRAN KOPERASI

           ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH KOPERASI
Koperasi dikendalikan oleh Anggota Lembaga Koperasi yang dianggotai seramai 9 orang yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan untuk melaksanakan dan bertanggungjawab ke atas keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Agung Tahunan.

Peranan utama Lembaga Pengarah sebagai penentu dasar dan polisi koperasi. Mereka perlu memastikan perjalanan koperasi selaras dengan matlamat penubuhan koperasi mengikut peruntukan undang-undang kecil KSD Berhad.
Pada setiap tahun, 3 Anggota Lembaga Koperasi akan gugur secara automatik dan boleh menawarkan diri untuk bertanding di dalam Mesyuarat Agung Tahunan bagi tempoh 3 tahun.




Wednesday, 10 July 2013

1.2 OBJEKTIF PENUBUHAN KOPERASI SERBAGUNA DARA BERHAD (KSD)



Objektif utama penubuhan KOPERASI SERBAGUNA DARA BERHAD (KSD) ialah untuk meningkatkan taraf sosial ekonomi dan kebajikan para anggota. Objektif ini dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti :-
·        Menyediakan pelbagai bentuk pinjaman,
·        Insuran Berkelompok untuk anggota,
·        Sumbangan kebajikan,
·        Anugerah kecemerlangan pendidikan.
Objektif penubuhan koperasi juga bermatlamat untuk menyediakan kemudahan menyimpan bagi menggalakkan anggota menabung serta berjimat cermat. Untuk itu, kadar dividen yang menarik ditawarkan bergantung kepada prestasi tahunan koperasi. Bagi memaksimumkan pulangan kepada anggota, Koperasi telah mempelbagaikan aktiviti tanpa hanya bergantung kepada pulangan daripada pinjaman semata-mata
Objektif Koperasi dapat diringkaskan seperti berikut :
·        Meningkatkan kebajikan anggota melalui aktiviti yang dijalankan
·        Mengurus kepentingan ekonomi anggota dengan cekap, berkesan dan berwawasan mengikut undang-undang dan peraturan
·        Meningkatkan pulangan kepada pelaburan anggota
·        Meningkatkan nilai aset koperasi dengan membuat pelaburan yang menguntungkan dengan risiko yang minimum





1.1 LATAR BELAKANG PENUBUHAN




Sejarah Koperasi Serbaguna DARA Berhad (KSD) sebenarnya tumbuh sebagai tunas kecil di bawah pohon rimbunan hijau Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) yang diasaskan oleh beberapa orang kakitangannya yang mempunyai visi dan misi untuk menyatukan kepakaran dan tenaga bagi menubuhkan satu pergerakan koperasi yang sah bagi kegiatan ekonomi dan kebajikan kakitangan DARA. Satu jawatankuasa penaja yang terdiri daripada pihak pengurusan DARA telah mengadakan beberapa mesyuarat bagi membincangkan penubuhannya dan hasilnya pada 6 Disember 1978 Koperasi Serbaguna DARA Berhad telah didaftarkan secara sah dengan No. Pendaftaran Koop Negeri No. 30.
Terdiri daripada hanya di kalangan kakitangan DARA dan anak-anak syarikat DARA pada awal penubuhannya, keanggotaan KSD pada November 1981 adalah seramai 149 orang. Kini keanggotaan KSD semakin bertambah di mana keanggotaan terkini seramai 591 orang dengan modal saham berbayar sebanyak RM 4,730,646.62 sehingga 30 September 2012. KSD mula menceburi bidang pembalakan dan kerja kontrak, termasuk mengusahakan sebuah kantin di Pejabat Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan menjual barangan pengguna secara kecil-kecilan selain memberi pinjaman wang tunai dari Dana Tabung Kebajikan kepada anggota-anggotanya yang memerlukan.
Kini aktiviti perniagaan KSD tertumpu kepada :-
·        Perniagaan stesen minyak Petronas di dua lokasi di Muadzam Shah,
·        Kedai COOP MART,
·        Perkhidmatan insuran,
·        Penyewaan bangunan,
·        Pembangunan hartanah.