Wednesday, 30 October 2013

JURU AUDIT DALAMAN KOPERASI


Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) merupakan satu Jawatankuasa yang mengaudit segala laporan dari semua bahagian supaya tidak berlaku penyelewengan di dalam sesebuah pertubuhan atau institusi. Selain itu, JAD memainkan peranan penting bagi memastikan perjalanan sesebuah koperasi mengikut peraturan undang-undang kecil koperasi. Satu laporan akan diberikan kepada Lembaga Pengarah sebagai cadangan yang boleh diambil oleh Lembaga Pengarah Koperasi terhadap pandangan audit dalaman.

Namun demikian pihak Lembaga Pengarah berhak menerima atau menolaknya bergantung kepada keputusan kolektif. Selain itu, JAD juga disyaratkan wajib memberi satu laporan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agong Koperasi untuk pengetahuan ahli koperasi.

Jawatankuasa Audit Dalam Koperasi  Serbaguna DARA Berhad ini terdiri daripada 3 anggota yang dilantik oleh Anggota Lembaga Koperasi bagi tempoh satu penggal.


No comments:

Post a Comment